Monday 21 August 2017

HARI BERTEMU PELANGGAN SK.MALANGANG BARU, TUARAN
24 JULAI 2017

Monday 1 February 2016

dayang mohaida

1.         LATAR BELAKANG


            Kurikulum adalah agenda utama dalam sesuatu sistem pendidikan.  Urusan utama atau “core-bussiness” sesuatu organisasi pendidikan ialah memastikan pelaksanaan kurikulum berjalan dengan sistematik.  Nadi pelaksanaan sistem kurikulum ialah panitia subjek.  Pengurusan panitia yang cekap berteraskan TQM akan mewujudkan satu sisstem pengurusan panitia yang berkualiti.

            Manual pengurusan panitia yang didokumenkan boleh membantu Ketua Panitia dan ahli-ahlinya menggerakkan panitia dengan cekap dan sistematik.  Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja yang didokumenkan merupakan panduan kerja dan manual rujukan kepada guru berpengalaman dan guru baru.  Ketua Panitia yang baru dilantik akan dapat merujuk senarai tugas dengan adanya Fail Meja yang lengkap dan kemaskini.  Fail Meja merupakan dokumen rujukan fungsi dan tugas Ketua Panitia.